Troli Anda

Troli anda kosong pada masa ini

Tentang Kami

SMAJU AGRO VENTURE merupakan sebuah entiti perniagaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan mengamalkan konsep ternakan secara asuhan bersama rakan-rakan penternak SMaju melalui konsep pembelian teknologi oleh para peserta/penternak baru yang ingin menceburkan diri dalam industri ternakan Udang Kara. Sehingga kini, SMaju telah melahirkan seramai 300 orang penternak diseluruh Negara. Selama hampir sepuluh tahun dalam industri ini, SMaju juga telah mendapat perhatian pelbagai media di dalam mahu pun luar negara yang memaparkan hasil kejayaan pemilik dan pengusahanya. Sepanjang masa ini juga, SMaju digelar Agropreneur dan telah menerima pelbagai Anugerah sebagai bukti kejayaan. Sehingga kini SMaju telah diangkat sebagai penerima Anugerah Agropreneur Muda Terbaik Selangor pada Selangor Agro Festival 2018, Ikon Agro Selangor 2021, dan Ikon Agropreneur Muda Kebangsaan 2021. SMaju telah mengikuti pelbagai program di peringkat antarabangsa antaranya menyertai pameran MAHA 2016, 2018 dan 2022. Selain itu SMaju juga telah mengikuti Program Malaysia Street Food Lover di Thailand yang di anjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2019 melalui produk hiliran SMaju iaitu Crayfish de’ Garden sebagai sebuah jenama SMaju bagi mempromosikan hidangan berasaskan ternakan Udang Kara.

 

 

Pusat Pengumpulan & Tumpuan Ternakan Udang Kara (HUB-PETUKAR - Pilot Projek Jabatan Perikanan Malaysia)akan membolehkan para peserta PETUKAR dan penternak udang kara di seluruh Malaysia memasarkan produk mereka ke sebuah Pusat Pengumpulan mengikut syarat yang akan ditetapkan dan sekaligus menjadikan Pusat Pengumpulan tersebut sebagai tempat tumpuan utama ternakan Udang Kara. Perkara ini akan memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi dikawasan sasaran tersebut. 3 Objektif utama pembangunan Hab-PETUKAR iaitu:

  • Menjadikan Hulu Langat sebagai Hab pengeluaran dan tumpuan utama  industri ternakan Udang Kara di Malaysia;
  • Mentranformasikan industri ternakan Udang Kara sebagai sebuah industri utama di Malaysia; dan
  • Melahirkan lebih ramai Agropreneur Muda didalam indusrti ternakan Udang Kara di Malaysia.

Sehingga kini, SMaju telah menjadi perunding kepada Agensi Kerajaan, agensi swasta dan Institusi dalam dan luar negara dalam Pembangunan sistem penternakan udang kara dengan pelaksanaan ketiga-tiga objektif pembangunan Hub PETUKAR.

 

 

Projek Enterpreneur Ternakan Udang Kara (PETUKAR) merupakan  sebuahprojek  usahasama diantara  pihakSMaju  dengan Pertubuhan Peladang Kawasan  (PPK)  HuluLangat. Projek  ini  secaraasasnya   meletakan  SMajusebagai  Mentor  kepadapara  peserta yang  inginmengikuti  program  inidan  PPK  HuluLangat  sebagai  agensi pembimbing.  Objektifutama  PETUKAR  adalahuntuk  memastikan  industri ternakan  UdangKara  ini  dapatdikomersialkan  dan  menjagakeseluruhan rantaian industri melalui pembangunan kumpulan kecil dikalangan  ahli PETUKAR itu  sendiri.Selain  daripada  itu,PETUKAR  juga  telahmerancang  agar  sebuah organisasi  bebasbakal  diwujudkan  bagimenggabungkan  SMaju,  PenternakSMaju dan  para  pesertaPETUKAR  itu  sendirimelalui  konsep  penubuhansebuah koperasi  yang dilihat sebagai sebuah konsep yang lebih adil dan mampan kepada semua  ahli.Koperasi  tersebut  akandikenali  sebagai  KoperasiPenternak Ternakan Udang Kara (KOPETUKAR).

 

 

Crayfish De’ Garden (CDG) merupakan sebuah Produk Hiliran, yang dibangunkan oleh pihak SMaju Agro Venture di dalam membawa industri ternakan Udang Kara ini ke arah pengkomersialan. CDG menawarkan menu utama berasaskan Udang Kara mengikut pilihan pengunjung. CDG ini dibangunkan di Hulu Langat, Selangor sebagai sebuah laman makan berkonsepkan “taman” dan menggunakan konsep Pilih, Timbang dan Masak. CDG juga telah menyertai program diperingkat domestik dan antarabangsa seperti Food Empayar HPPNK, MAHA 2018, MAHA 2022 dan program Malaysian Food Street Lover 2019 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Bangkok & Hatyai, Thailand.